Ayam Bawang nama diberi. Resepi yang wajib hampa cuba walau sekali. Tapi kalau cuba mesti nak lagi, kalau habis memang gigitlah jari.
Aahh gitu.
Sedap sungguh wehh. Kalau masak kat laki, dia mesti jatuh cinta kat hampa berkali-kali.
Bahan-bahan nak kena ada untuk projek ini:
1 ekor ayam dipotong kecil.
1 pek kecil serbuk kari ayam/daging.
3 biji bawang besar.
5 ulas bawang merah.
5 ulas bawang putih.
1 inci halia.
3 tangkai daun kari.
2 kuntum bunga lawang.
2 batang kulit kayu manis.
3 sudu sos tiram.
2 sudu sos tomato.
2 sudu sos cili.
7 sudu kicap manis.
Cara nak buat dia:
1. Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam dan goreng sampai masak. Ketepikan.
2. Goreng 2 biji bawang besar yang telah dipotong nipis sehingga garing dan ketepikan.
3. Tumis baki bawang besar, bawang merah, bawang putih, daun kari, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau dan kecilkan api.
4. Masukkan serbuk kari dan kacau sekejap lalu masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap dan kacau sebati. Tambah sedikit air dalam suku cawan dan kuatkan api. Kacau semua sehingga mendidih dan masukkan ayam.
5. Kacau sebati ayam dengan sos tu dan tutup api. Tabur sebahagian bawang tadi dan kacau biar rata semua dan hidangkan. Tabur baki bawang goreng tadi atas hidangan.
Siappppp.
Sedap wehhh. Sungguh.
Serbuk kari tu cuba guna Rempah Kari Ayam Cap O untuk rasa yang lebih padu
Credit tuan pny posting in FB
#ResepiSuperDaddy
#ayambawang
Comments
Post a Comment