Resepi laksa ini turun dari arwah Tok, mak pada daddy saya (Encik Arif), kepada menantu dia iaitu Mummy saya (Puan Regina). Kuah laksa ni memang maveles meletop. Buat pun senang je, renyah part asing isi ikan la kan.. tapi kalau rasa renyah order je la takyah buat pun 😆 tapi sebabkan suami mami request suruh buat laksa johor so terjadilah kejadian laksa tak cukup bahan hiasan. Tapi sebabkan suami mami on je takat ada satu ulam, lobak & paling penting sambal belacan maka terjadilah
Bahan-bahan
Spagetti sepeket, rebus dan tepikan. Nak cantik gulung2 kan, bak kata orang Johor chap kan mee laksa tu
Ikan - guna la ikan apa yang suka. Tenggiri, parang, tongkol, tuna, kembung, cencaru, kalau mampu arowana pun ok je. Rebus dan asingkan isi. Tulang buang. Ada yang rajin nak blend dan tapis tulang ikan, silakan
Isi udang - rebus
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
2 sudu ikan bilis
2 sudu udang kering
1/2 cawan rempah kari daging
Santan
Air asam jawa
1 sudu cili kisar
2 sudu kerisik
Cara-cara masak kuah laksa
1. Tumis bahan kisar dan cili kisar sampai wangi dan garing sikit, bukan hangus ye.
2. Masukkan rempah kari. Masak sampai pecah minyak. Kot kering, letak la air sikit.
3. Masukkan isi ikan dan udang yang dah dikisar tadi.
4. Masukkan air asam dan santan.
5. Kot nak kuah tu tak pekat sangat tambah la air. Rasakan garam. Masukkan kerisik tadi last sekali. Dah siap 😊
Bahan hiasan hiris la: timun, bawang, daun kesum, taugeh, kacang panjang. Tak kisah la apa pun,tapi wajib ada lobak asin tau 😁✌ feberet mami
Sambal belacan - kisar cili dalam 5 biji dengan perahan limau kasturi dan setengah pek belacan yang kecik tu. Dah blend baru rasa masin ke tak, kot tak cukup masin hah tambah la garam ye. Tak perlu gula tau
Gambar tu mami 1st time buat laksa dan memang itu je hiasan yang mami, suami dan Rania (anak sulong mami) makan.. so jangan kondem ye. Kot rasa nak meriah dan betul2 silalah buat segala hiasan itu lengkap
Comments
Post a Comment