Kek Batik



RESEPI KHAIRUL AMING

Kek batik klasik:

150g butter
2 cawan milo
1 cawan susu pekat (saya guna ¾ cawan je)
3 sudu besar serbuk koko
30 keping biskut marie patah-patahkan.
Lebur je semua bahan2 dalam periuk kecuali biskut. Kacau sampai sebati & tak berketul. Tutup api masukkan biskut marie. Kacau sebati & masukkan dalam bekas lapik dengan baking paper supaya senang nak keluarkan bila dah sejuk. Dah padat-padatkan adunan dalam bekas terus masuk peti ais. Siap!
*Bila nk potong, keluarkan dari peti ais & biarkan sekejap dlm 15-20 minit, baru potong. So that time nak potong, kek tu takde la keras sangat.

RESEPI "KEK BATIK" FB INTAN ZUHAIRAH
Bahan-bahan
2 cawan milo (kalau tak cukup boleh tambah)
2 sudu besar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis (kalau suka manis boleh tambah susu)
1 buku buttercup
1 paket biskut meri
CARA-CARA:_-
✔ Cairkan butter Kedalam kuali atau periuk dengan api yang sedarhana,jangan sampai butter mendidih,butter dah cair terus padam kan api,
✔ kemudian masuk kan susu pekat kacau sekejap, masukkan koko dan milo,kacau sampai sebati pasti kan takada coklat yanhg berletul,
✔Kalau suka resepi kek batik milo yang rangup, jangan campur biskut meri dalam campuran coklat tetapi susun secara berselang seli lapisan biskut lapis coklat.Kalau lebih suka kek batik lembut,patah-patah kan biskut meri dulu,kemudian gaulkan sekali dengan coklat biar kan sekejap baru masuk dalam peti sejuk. Kek batik akan terasa lebih lembut dan sedap dimakan,

Comments