Bahan-bahan
1kg Daging kambing (rebus dulu)
*bawang merah 4ulas
*bawang putih 4ulas
*halia 2cm
*bahan ni kisar halus
4 sekawan (pelaga, cengkih, kayu manis, bunga lawang)
1 sb rempah kari daging
Sos tiram
Kicap manis
Garam
1 batang serai
Daun kari setangkai
Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, daun kari & serai tumbuk
2. Masukkan bahan kisar
3. Dah wangi masukkan rempah kari, kacau dan masak sampai pecah minyak
4. Masukkan kicap & sos tiram. Kot la nampak kurang hitam, masukkan sikit kicap pekat.
5. Masukkan kambing dan air rebusan kambing secukupnya
6. Biarlah masak kejap kasi mesra. Rasakan kuah kalau kurang garam tambah garam. Kalau kurang manis boh la sikit gula. Dah siap 😄
Comments
Post a Comment