Mee Rebus Daging

Resepi ini ikut gerak hati 😁✌ maksudnya agak2 la kan.. tengok la berapa banyak nak buat

Bahan-bahan
500gm Daging - nak sedap tulang pun sekali. Rebus dan ketepikan.
*dikisar semua ni*
*2 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*2cm halia
*2cm lengkuas
*suku cawan udang kering (rendam dulu tau)
*2 batang serai

2 sudu besar rempah kari daging
2 biji keledek - direbus 
1 paket taucu
Garam gula

Bahan hiasan ikut suka- telur rebus, sawi celur, bawang goreng, taugeh, limau kasturi, cili merah, tauhu goreng

Cara-caranya
1. Tumis bahan kisar sampai wangi. Masukkan rempah kari
2. Kisar keledek & taucu. Guna air rebusan daging. Masukkan bahan ni dalam periuk tumisan tadi.
3. Tambah air rebusan daging.
4. Rasa la gula & garam
5. Daging rebus tadi hiris la buat hiasan. Takpun masukkan je dalam kuah sekali 😊
6. Dah siap hias la dan makan la

Ehhh lupa.. mee kuning celur la kejap takpun rendam je dalam air panas. Takkan nak makan kuah je kan

Comments