Kuah Lontong / Sayur Lodeh

Bahan kisar
6 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
1 sudu udang kering (rendam & tos air)

Bahan sayur
1/4 kobis bulat (hiris)
1/4 sengkuang (potong panjang)
1 lobak merah (potong panjang)
1 tempe (potong dadu)
2 tauhu putih / tauhu kering (potong dadu)
Fucuk
Soohoon
Santan 500ml (nak kuah banyak lebihkan)
2 batang serai

Cara-cara
1. Masak bahan kisar dengan separuh santan. Tambah air agak2. Masukkan serai titik. Biar mendidih kejap.
2. Masukkan semua sayur-sayuran.
3. Masukkan bahan lain (tauhu, suhun)
4. Tambah santan lebih tadi. Biar didih. Rasakan dengan garam.
Dahh siap 😊

Makanlah dengan nasi impit.
Nak pedas tambah sambal tumis bilis.
Kalau suka makan dengan kuah kacang silakan 😁

Comments