Tepung Pelita PKP😝
Part hijau (campur sekali)
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
5 cawan air pandan
1 sudu air kapur
Part putih (campur sekali)
4 cawan santan
6 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
Part gula
100gm air
120gm gula
Cara-caranya
1. Siapkan sampan, kalau byk daun pisang hah bentukkan la kapal tu. Tapi kot takde pakai la bekas kecil. Utk aroma daun pisang tu boh la sikit kat bawah bekas tu 😊
2. Masak gula & air, mesti pekat takyah kacau pun. Dah siap tuang dalam bekas.
3. Masak part hijau pulak.. kacau sentiasa sampai likat pekat. Dah pekat hah tuang dalam bekas atas gula tadi.
4. Masak la part putih pula.. pun sama sampai pekat ada bunyi blub blub blub. Tuang dalam bekas atas hijau tadi.
5. Dah siap, nampak tak rata ketuk2 manja bekas tu. Biar sejuk, pastu simpan dalam peti ais. Yeszaa resepi ini tak perlu kukus dah 😁😊
Comments
Post a Comment