Inti karipap
1. Isi ayam satu mangkuk
2. Keledek/kentang potong dadu satu mangkuk (rebus kejap)
3. Bawang merah 1, bawang putih 1ulas & halia sikit je - kisar
4. Rempah kari daging/ayam sesudu besar
Cara-cara
1. Tumis bahan kisar
2. Masukkan rempah kari (letak air sikit, untuk rempah masak)
3. Masukkan ayam, dah separuh masak masukkan ubi tadi
4. Gaul sampai sebati & kuah kering. Siap dan tepikan kasi sejuk
Kulit karipap
1. 1 cawan tepung gandum
2. 1.5 sudu besar marjerin/mentega
3. Garam ikut rasa, suka masin lebihkan
4. Air sejuk 1 cawan
Cara-cara
1. Campur dan gaul tepung, garam dan marjerin.
2. Masukkan air sikit2, uli sampai tepung tak melekat di tangan.
Buat karipap
1. Cubit sebola (ada ke word ni) tepung
2. Lenyek kan jangan nipis sangat nanti senang koyak
3. Isikan inti
4. Kelim karipap dengan cara cubit2 ataupun kalau tak reti sangat pakai garfu je tekan hujung karipap.
Comments
Post a Comment