Bahan-bahan
1. Tepung pulut dan pewarna
2. Keledek dan apa2 la ubi yang suka
3. Gula melaka/merah
4. 3/4 helai daun pandan
5. Santan atau susu cair
Cara-cara
1. Bancuh tepung pulut dan gulikan kecil2. Rebus dalam air mendidih. Bila dah timbul angkat dan tepikan.
2. Keledek potong dan rebus juga, tak nak rebus pun ok tapi kena tunggu masak la lama sikit.
3. Masukkan air dalam periuk, cairkan gula melaka. Letak juga daun pandan.
4. Gula dah cair boleh masukkan santan.
5. Kemudian masukkan keledek dan bebola tadi
6. Didihkan sekejap. Dah siap. Sedap makan sejuk 😁
test
ReplyDelete