Rendang Ayam Hajah Mona Din


✏️✏️RESEPI RENDANG AYAM

Bahan untuk dikisar :
16-18 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
3 cm halia
1 inci kunyit hidup

Lain2 bahan :
1 ekor ayam di potong 24
3-4 sudu besar kerisik
2 batang serai - di titik
5 helai daun limau purut & sehelai daun kunyit di potong2.
2 keping asam gelugur
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
Santan sebiji kelapa / 1 kotak santan
Garam dan gula secukup rasa.

Cara2 :
✏️panaskan minyak dalam kuali.
Tumis bahan kisar sampai keluar minyak. Then masukan jintan putih &  jintan manis.
Tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan ayam.

✏️kacau ramuan sampai mendidih.
Kemudian masukkan santan dan kacau rata sampai hampir pecah minyak.

✏️kemudian masukkan daun limau purut, daun kunyit serta kerisik, asam keping, garam & gula.
Terus masak tetapi dengan api kecil dan sentiasa dikacau untuk mengelakkan bawahnya hangus.
Rasa biar sempurna.

✏️bila kuah dah agak kering, dah boleh diangkat  dan hidangkan bsama ketupat / lemang / nasi impit / nasi lemak / nasi putih👍👍

Comments