Puding roti sumi eggless

Puding Roti Sumi (tanpa telur)
OLEH:Noor Abdul Rahim
gambar:Suriea Noor
www.bukuresepi.com

bahan-bahan :
1 paket agar-agar serbuk (10g / 11g)
600ml air
1/2 cawan gula halus

3 keping roti - tak perlu buang kulit
200ml susu segar
1/2 sudu kecil esen ros
3 pewarna ikut suka

cara-cara :

1. Susun jelly sumi didalam acuan. Pastikan air jelly dibuang dahulu. Setelah penuh, masuk kan acuan kedalam peti sejuk.
2. Kisar halus roti & susu. Ketepikan.
3. Campur serbuk agar-agar, air & gula. Gaul rata & letak kan diatas api, masak hingga mendidih.
4. Kecilkan api & tuangkan roti yg diblend. Gaul hingga mendidih sedikit di tepi-tepi periuk.
5. Matikan api & masuk kan esen ros. Gaul rata.
6. Tuang sedikit adunan keatas jelly yg didalam acuan untuk pastikan jelly bercantum. Masuk kan dalam freezer 3 minit.
7. Bahagi adunan agar-agar kepada 3 bahagian. Warnakan kepada 3 warna berasingan.
8. Tuang warna pertama keatas jelly & masuk kan kedalam freezer 5 minit.
9. Ulang proses hingga ke warna penghabisan. Masuk kan acuan kedalam peti sejuk sahaja tak perlu masuk freezer.

Comments