Kek pisang resepi Kak Sue Arukin

Kek Pisang antara kek pertama yang saya belajar puluhan tahun dulu waktu mula2 nak pandai buat kek (selain kek paun, kek marble & kek oren) 😂😂. Lately, ramai pulak yang share kek pisang ni kan? Macam2 versi. Dalam buku2 & calendar saya pun ada resepi kek pisang tapi lain sikit dengan yang ini. Kek pisang yang saya share ni sangat mudah dan Bahan2nya pun senang nak dapat. Saya guna sukatan cawan (jangan bagi alasan takde alat penimbang ya!) Kalau rajin, cubalah buat. Kalau tak berapa rajin order je lagi senang hehehe.. As always feel free to share. Happy Baking! 💕💕

MOIST BANANA + COCONUT CAKE

Bahan-bahan:

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang halus
1 cawan minyak jagung
1/4 cawan kelapa parut (kelapa yang agak muda & ambil yg putihnya sahaja)*
5 biji pisang berangan (medium size)**
3 biji telur (grade A)
1 sudu teh esen pisang (jika suka)***
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam halus

1. Satukan tepung gandum, soda bicarbonate, baking powder & garam halus. Ayak & ketepikan.
2. Menggunakan blender/food processor; satukan pisang, telur, gula perang & minyak jagung lalu kisar halus dan agak kembang. Masukkan esen pisang dan kacau rata.
3. Tuang campuran pisang ke dalam campuran tepung. Tambahkan kelapa parut lalu kacau sebati.
4. Tuang ke dalam loyang yang telah disapu sedikit minyak di sekeliling bahagian dalam dan dialas dengan parchment paper. Kalau ada lebihan pisang bolehlah hias atas kek.
5. Bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 190C selama 40-45 minit atau hingga kek masak sempurna. Enjoy!

*boleh juga guna kelapa kering
**jika guna pisang emas (bukan yg dibawa belayar ya!😂😂) guna dlm 6-8 biji. Begitu juga jika guna pisang lemak manis.
***jika tak suka atau takde esen pisang, boleh gantikan dengan esen vanilla.

Comments