Cucur udang rangup

dah dua tiga kali Encik Daddy cari cucur udang rangup macam bulan puasa hehe.. jenuh la pusing shah alam.. ok sudahnya meh Mami cari resepi dan buat untuk suami terchenta... ni few recipes untuk diderhakakan mengikut tekak kita

Resepi Mami 
Tepung gandum
Tepung beras (suit je utk rangup)
Bawang merah
Bawang putih
Daun kucai
Serbuk kunyit + garam
Of coz kena ada udang

Bezanya Mami goreng kuih udang tapi udang letak dalam sebab
1. Takut minyak meletup
2. Takmo udang kecut, rugi ooo udang bukannya murah

Cucuq udang ragup diluar lembut didlm
3 biji bwg besar potong nipis
1 cwn isi udang 
Garam 
Ramas ketiga ni dulu cucuq udang akn lebih sedap 
1 1/2 cwn tepung gaul sebati
Serbuk kunyit sikit sbg pewarna
Masukkan air panas sikit2 sambil gaul ..pakai senduk kayu ok..air jgn terlebih nanti lembik
Masukan 1 biji telur ...telur mesti masukan selepas ltk air panas td
2 btg daun bawang hiris nipis...masa ni klu nak ltk taugeh ke kucai pun blh
Goreng dlm minyak panas
Siap
Kuah kacang
1 cwn kacang tanah goreng dan kisar kasar
10 biji cili kering goreng dan tumbuk halus
Campurkan perasakan dgn garam, gula dan air asam sikit


Cucur Udang Rangup Diluar Lembut Didalam
BAHAN-BAHANNYA :
2 cawan tepung gandum
1/2 camca besar instant yeast (mauripan)
1 3/4 cawan air (yang ni kurang lebih, tapi mat sukat dekat2 2 cawan air dia)
1 mangkuk taugeh (mangkuk sup kecil)
5 pokok kuchai, cuci dan kerat2
1 pokok daun bawang, hiris
1/3 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
20 ekor udang sederhana besar, cuci bersih, tos dan lap kering2 dengan paper towel

BAHAN SOS LADA :
5 biji cili merah
1/3 cawan gula pasir
1/4 cawan cuka
3 ulas bawang putih
1/4 camca teh garam
CARA MEMBUATNYA :
Dalam satu bekas, masukkan tepung, serbuk kunyit, instant yeast, garam dan kacau rata. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat (sukatan kurang lebih 1 3/4 cawan atau lebih sikiiiitttt). Masukkan taugeh, kuchai dan daun bawang, gaul rata dan perap 30 minit.
UNTUK SOS LADA :- Kisar cili dan bawang putih hingga halus, tuang dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Masak dengan api perlahan hingga pekat. Tuang cuka, kacau dan masak lagi hingga berada pada konsistensi sederhana pekat. Sejukkan
UNTUK CUCUR UDANG :- Panas kan minyak untuk goreng terendam. Panaskan senduk mungkun bersaiz sederhana selama 1 minit dalam minyak panas. Sendukkan bancuhan cucur udang tadi ke dalam senduk panas 3/4 penuh, lingkarkan dengan seekor udang dan rendam dalam minyak panas. Biar mengeras sedikit dan tanggalkan dari senduk (gunakan sudip tajam untuk menanggalkan cucur udang tadi). Ulangi proses membuat sehingga selesai. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat cucur udang yang telah masak, toskan dan letak atas paper towel. Boleh hidangkan bersama sos lada tadi...Selamat mencuba!

Cucur udang gebu n crunchy plak...
Resepi Cucur udang crunchy (10 biji saiz besar)
2 cawan tpg gandum
1 1/3 cawan air suam
1 sudu kecil yis
1 sudu kecil gula
Segenggam udang geragau
Sedikit garam/secukup rasa
1/2 sudu kecil Baking powder
1 biji telur
Pewarna kuning/kunyit serbuk
Bawang hiris
Daun kucai
Tauge
10-12 ekor Udang... dibersihkan dan dikeringkan dgn tisu
# pastikan senduk sentiasa dlm minyak panas
Caranya
1. Campur semua bahan di atas kecuali sayur2
2.perap setengah jam/sejam
3. Tambah Sayur n kacau sebati
4 panaskan minyak dan masukkan senduk dlm minyak panas
5. Angkat senduk n masukkan adunan n letak udang serta masukkan semula dlm myk panas...
6. Biarkan sekejap n goyang2 senduk n cucur akan terkeluar sendiri senduk
7. Goreng sehingga warna keperangan/coklat
8. Boleh dicicah dengan sos Thai

Cucur udang stail Utara:
3 cwn tpg gandum
1 cwn tpg beras
Segenggam tauge + secekak kucai ( bersihkan & potong)
1 biji bwg holand dicincang
Seulas bwg putih dicincang
1 cwn udang putih yg kecil
Sedikit serbuk kunyit
Garam , perasa.
Caranya:
Campurkan semua bhn dan gaul sebati
Adunan adalah sedikit cair
Panaskan minyak & rendam sudip hingga minyak betul2 panas
Masukkan 1 sudu adunan ke atas sudip & goyang hingga tanggal sendiri.

Comments