Resepi Kuih Keria Gula Melaka
500 gm keledek
1 cwn tepung gandum (ikut tangan kalau dah boleh bentukkan boleh kurang kan tepung kalau masih lembik boleh tambahkan tepung lagi sedikit demi sedikit)
garam secukup rasa
minyak utk menggoreng
2-3 ketul gula melaka
Cara membuatnya:-
Keledek dibuang kulit dan dipotong kecil.. Kukuskan keledek hingga empuk.
Setelah empuk, angkat dan lecek keledek hingga lumat.
Gaulkan dgn tepung dan uli menjadi gegelang kecil.
Goreng dlm minyak panas hingga kuning keemasan.
Angkat dan toskan minyaknya
Kemudian dlm kuali lain, masak gula melaka hingga mendidih dan pekat.
Tutup api dan masukkan kuih yg telah digoreng tadi. Kacau rata hingga gula melekat pada kuih dan hidangkan.
#resepicikkuali #ekperimendapurcikkuali #kualihanguss #kualihangus #mainmasakmasak #kuihkeriagulamelaka #kuihkeria
Comments
Post a Comment