Resepi di cilok dari FB Pn.Kesumawati.. nanti nk test buat sbb #firrizqi suka sangat ayam steam
Semalam masak nasi ayam hainan . . . masa niaga restoran dedolu ni lah kesukaan ramai . . . sampai suatu ketika i xleh nak pandang ayam . . . hehehe . . . harini baru tringat nak share recipe . . .
Bahan A (untuk perap ayam)
1 ekor ayam (1 kg lebih)
3 biji bawang putih dicincang halus atau dikisar
1/2 buku halia saiz sederhana (dikisar)
sedikit minyak bijan
sedikit kicap lemas manis
sedikit sos tiram
Sedikit garam
Bahan B (sambal lada)
5 biji lada merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
3/4 buku halia saiz sederhana (dikisar)
garam secukup rasa
1 sudu besar gula
2 sudu besar sos tomato maggi
1 sudu besar cuka makan (saya guna limau nipis)
Bahan C (nasi)
4 cawan beras biasa atau beras jasmine
2 sudu besar minyak
2 biji bawang putih (cincang atau kisar)
2 inci halia (kisar)
daun pandan (kalau nak untuk tambah wangi)
1 sudu besar minyak jagong
1 sudu besar butter/marjerin)
Bahan D (sup ayam)
1/2 bahagian air rebusan ayam tadi
2 biji bawang putih (kisar)
2 ruas jari halia (kisar)
2 - 3 hiris lobak puteh
Daun sup
Hidangan sampingan
Salad
Timun
Tomato
Cara membuat
Mula-mula masak air secukup agak2 ayam boleh tenggelam. Bila air dah mendidih baru masukan ayam dalam periuk, rebus ayam hingga masak lebih kurang 1/2 jam. Angkat ayam dan celup kedalam air sejuk (ice), ini supaya ayam tak overcooked n kering. . .. ketepikan dan tos. Perap dgn bahan2 perap.
Air rebusan ayam itu bahagi dua, akan digunakan untuk sup dan nasi ayam nanti.
Untuk sup dan nasi:
Basuh beras bersih, toskan dan masuk kedalam rice cooker. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bagi Bahan C iaitu bawang putih dan halia. Setelah agak garing separuh bahan tumis itu dicurah dalam periuk nasi ayam, separuh lagi akan digunakan untuk sup ayam nanti. Masukkan separuh air rebusan ayam tadi, masak nasi seperti biasa dan masukkan juga minyak jagong, marjerin dan daun pandan. Di dalam periuk lain masak sup ayam dan lobak putih hingga mendidih dan masukkan separuh bahagian bahan tumis nasi ayam tadi. Akhir sekali masukkan pula daun sup, tutup api.
Ayam yang telah diperap tadi boleh digoreng atau dibakar dlm oven. Kalau nak yg ayam steam, sapukan minyak bijan dan sedikit garam keayam yg tlh direbus tadi dan steam seminit.
Lebihan dari perapan ayam tadi boleh digunakan untuk membuat kicap untuk dicurah ke ayam sewaktu menghidang. Panaskan diatas api sederhana, kalau ada lelemak ayam boleh dicampur sedikit dan tambahkan sedikit sup untuk cairkan.
Untuk sambal lada:
Masakan semua bahan B diatas api sederhana sampai mendidih.
Selamat mencuba . . . . :)
Comments
Post a Comment