Bahan-bahan
1kg Ikan selar/kembung or apa2 ikan la
Sepeket asam keping
Cili kering 10 biji (tengok nak pedas cam mana)
Bawang kecik 5 biji
Belacan 2 inci
Daun kesum & bunga kantan
Cara-cara
1. Cuci bersih ikan, then rebus
2. Masukkan asam keping masa tengah rebus ikan
3. Nampak dah nak masak masukkan garam secukup rasa (agak2 je, kang tak cukup masa masak kuah bole tambah)
4. Keluarkan ikan dan ambil isi sahaja
5. Blend cili kering (dah rebus dulu), bawang merah, belacan - blend guna air rebusan ikan tadi
6. Masuk kan bahan dah blend tadi dalam periuk (bukan dalam belen air rebusan tadi tau)
7. Blend isi ikan dgn belen air rebusan
8. Masukkan dalam periuk yang letak cili tadi
9. Jangan lupa masukkan balik asam keping dari ikan tadi
10. Tambah daun kesum & bunga kantan
11. Rasakan kuah balik. Kalau kurang garam tambah garam.. dah siap
Oh jangan lupa plak rebus mi laksa, kang makan kuah cicah roti je pulak hehe selamat mencuba
Note: tu anak mami yang hantu laksa.. bahagia dia mami buat laksa
Comments
Post a Comment