Kek pandan kukus

Resepi kek pandan kukus lembut gebu gebas

Sumber : http://www.kongsiresepi.com/in/9512/0/

Bahan:

6 biji putih telur
2 cawan gula halus
6 biji kuning telur
1 cawan pati santan
1 cawan air daun pandan - perahan
6 helai daun pandan yang besar

Bahan diayak:

4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bicarbonate soda

Cara membuatnya:

Pukul putih telur bersama gula halus sehingga betul2 kembang, masukkan kuning telur dan pukul lagi.
Masukkan santan dan sari pandan, kacau rata.
Masukkan pula tepung yang telah diayak sedikit2 sampai habis sambil dikacau perlahan2 sehingga sebati.
Masukkan dalam loyang yang sesuai yang dilapik dengan kertas minyak terlebih dahulu.
Pastikan air kukusan mendidih dahulu ketika meletakkan adunan kek untuk dikukus.
Kukus menggunakan api sederhana lebih kurang 45 minit atau sehingga betul2 masak.

Comments