Kek marble santan

***Naimah Md Ludin
September 11

Credit diberi pada tuan punya resepi.. parking dulu ya. Nanti dah buat kita letak gambar kek

kek marble pandan coklat versi bakar & kukus
Resepi:
5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
2 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovallete
4 cawan tepung kek(tepung naik sendiri)
1 kotak pati santan (200ml)
3/4 sudu kecil garam halus
1 sudu besar asen pandan
1 sudu besar coklat emulco(serbuk koko pun boleh)
pewarna hijau

cara:
-putih telur bland bersama gula dan ovellete sampai kembang dan pekat
-masukkan kuning telur dan asen pandan
-masukkan adunan yg dibland dalam mangkuk besar dan kaup balikkan dengan tepung skit2
-pastikan tepung dan adunan yg dibland tadi betul2 sebati dan tidak berketul (tapis kalau berketul)
-masukkan pati santan yg dah dicampurkan garam dan sebatikan
-bahagi adunan kepada 3 bekas
-bekas pertama masukkan pewarna hijau
-bekas kedua masukkan coklat emulco
-bekas ketiga biarkan tanpa pewarna
-sapu acuan/loyang dengan mentega/butter
-tuang ke dalam acuan/loyang selang seli warna
-kukus selama 45minit @ bakar dalam pemanggang vantage selama 15-20mnt
-bila dah masak tggu sejuk baru potong
*dr segi rupa kek, sy suka kek yg bakar..lagi gebu dan naik sekata..tp dr segi rasa sy suka yg kukus sbb lebih lembab..xkering mcm yg bakar

Comments