Masakan ni kena ikut agak2 eh.. gerak hati tgk byk mana nak..pekat ke cair, pedas ke tak
Bahan-bahan
Ayam (potong kecik) - marinate dengan serbuk kunyit, garam, tepung jagung. Tapi mami terlebih "rajin" celup dengan tepung bestari je hehe
Bawang putih (chopped)
Butter
Cili padi (chopped) nak pedas letak byk, takmo pedas takyah letak langsung
Daun Kari
Susu sejat
Cara-cara
1. Goreng ayam garing dan tepikan
2. Ambil kuali lain dan panaskan butter
3. Butter dah cair masukkan bawang putih, cili, daun Kari. Goreng hingga Wangi
4. Masukkan susu cair, nak berkuah letak banyak susu.
5. Bila susu dah mendidih masukkan ayam dan gaul sebati. Rasa la kalau tak Masin boh garam sikit, tapi selalunya takyah sebab butter dah masin
Comments
Post a Comment