Ayam percik

Ok saya mengaku saya suka stalk fb rosalina hehe

Yes! Resepi ayam percik sempoi sampai dah. hehehe
Alhamdulillah, resepi ni google ja, tapi dah adjust ikut kesedapan mulut sendiri. hehehe
Kredit kepada blog Cahaya Cintaku : Sis Ana.
Resepi ni memang sedap! Husband pun suka, sampai menjilat jari katanya! hehehe

Ayam Percik

4-5 ketul ayam (whole leg)
5-6bji cabai kering *
1biji bawang besar *
2bji bwg merah (sederhana kecik) *
2ulas bwg putih *
1btg serai *
1/2inci kunyit hidup *
1inci halia *
1/2sdb biji ketumbar *
1/2sdb lada hitam *
Sedikit air *
200ml santan kotak
sedikit asam keping
daun limau purut diracik halus
Garam
Gula
Cukup rasa

1.Blendkan bahan yg bertanda *
2.Ayam dibersihkan & letak cukup rasa sikit ja. Takut nanti masin dgn kuah percik pulak
3.Pastu letakkan ayam dalam kuali. Jangan bukak api lagi. Masukkan bahan blend tadi & masukkan santan serta bahan lain. asam keping, gula garam dan daun limau purut. Tambah air sikit kalau pekat.
4.Bukak api dan biarkan ayam separuh masak. Pastu boleh angkat ayam. Ketepikan.
5.Kuah tadi biarkan mendidih & pekat. Dah siap.
6. Ayam pulak saya bakaq guna non stick pan ja. Dalam 15 ke 20min @ sampai perang & masak.
7. Siap & tuang kuah atas ayam. Nyummmm!

Comments