[ 10 Tips Kurus Semasa Makan Kenduri]
Azam nak kurus tapi terhalang sebab hujung tahun banyak kenduri. Oh kenduri bukan penghalang utk kurus ya? Jangan cari alasan. Jemputan wajib dipenuhi tapi misi menurunkan berat badan juga boleh diteruskan walaupun hadir kenduri kendara.
Nah saya kongsikan Tips Kurus semasa kenduri. Semoga bermanfaat ya!
1. Jangan Skip Sarapan pagi. Mentang2 tghari nak makan kenduri, skip sarapan atas sbab tghari nak makan lagi. Ingat Skip Sarapan boleh menggemukkan anda.
2. Jika kenduri itu agak jauh dari rumah anda pastikan Alas perut sebelum pergi kenduri. Ambil snek ringan seperti buah atau roti gandum supaya tidak terlalu lapar.
3. Ikut portion makanan seimbang. Jangan makan macam tak makan sepuluh tahun ya. Hehe
4. Pilih nasi putih jika ada pilihan selain nasi minyak.
5. Elakkan makan daging, pilih hidangan ayam dan sedikit kuah.
6. Penuhkan pinggan dgn sayur dan buah..makan ini dulu sebelum makan nasi.
7. Elakkan minum air manis. Untuk Lebih selamat Bawak air mineral dalam botol kecil dan simpan dalam beg incase tempat kenduri tak sediakan air mineral.
8. Elakkan makan dessert yg manis. Jika teringin ambil pada porsi yg sedikit atau berkongsi.
9. Jika terdapat lebih dari 1 kenduri pada hari yg sama, makan sedikit utk setiap kenduri dan kurangkan nasi.
10. Makan perlahan dan enjoy makanan anda. Otak kita ambil masa 20min utk beritahu kita sudah kenyang.
Tak salah sekali sekala menjamu selera. Its all about balance. Selamat Makan Kenduri !
-Coach Yatie Nadzli-
Online Weight Loss Coaching
thank you for sharing my post sis. semoga bermanfaat
ReplyDeleteInsya Allah... TQ coach
Delete