Asalnya nak buat apam kampung untuk potluck esok tapi tah mana silap apam keras kelentung a.k.a bantat.. Tak jadi la senang cerita.. Nak buat semula yis dah abis plak. So search ar resipi yang bole buat dengan bahan yang ada dalam rumah. Yang penting kena siap dalam masa setengah jam sebab dah pukul 10.30pm.. So rumusannya buat apam gula hangus.. Dan yeszaaaa siap!! Hehe hepi hepi
Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air
2 biji telur
2 sudu besar butter
1/2 cawan minyak
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 cawan tepung - ayak
1 sudu teh soda bikarbonat - ayak
Cara buat
1. Masak gula atas api sampai petang tutup api masuk air perlahan2 (memercik ye). Pasang api balik kacau sampai sebati. Tutup api n biarkan sejuk.
2. Pukul telur, butter, minyak & susu - 5 minit. Masukkan gula hangus & pukul lagi sampai semua sebati.
3. Campur bahan pukul tadi dengan tepung yang dah ayak tadi.
4. Masuk loyang kukus 15-30 minit (sampai masak la kan)
5. Tunggu sejuk potong Dan makan ;)
Comments
Post a Comment