RO water - should or should not?

RO(Reverse Osmosis) Water atau air osmosis berbalik sebenarnya tidak baik untuk diminum. Saya nak kongsikan pengetahuan tentang keburukan air osmosis berbalik a.k.a RO Water. Semoga bermanfaat bagi semua pembaca di blog ini. Sharing is caring. Do pass this info ye.

1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT

Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)

Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

4.TIDAK ADA MINERAL

Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

Risiko minum Air R.O dlm jangkamasa panjang

Air RO dan air suling mungkin bersih daripada kotoran dan bendasing yang lain, namun menurut doktor, air tersebut dapat menjejaskan kesihatan individu yang bergantung sepenuhnya pada air tersebut dalam jangka waktu yang panjang.

Mengapa doktor mengatakan demikian? Menurut doktor, air RO dan air suling tidak mengandungi mineral seperti kalsium dan magnesium yang amat diperlukan oleh badan. Proses pembersihan air RO dan air suling bukan sahaja menghapuskan elemen negatif dalam air, namun proses tersebut turut menghapuskan mineral yang terkandung dalam air. Justeru, pergantungan sepenuhnya pada air tersebut sudah tentu menjejaskan kesihatan peminumnya.

Tuntasnya, air tanpa khasiat samalah seperti air "mati". Oleh itu, pilihlah air yang ditapis atau diproses tanpa menghilangkan khasiat yang terkandung dalam air. Bagi yang prihatin terhadap kesihatan diri, air yang mengandungi alkali sudah tentu menjadi pilihan utama bagi meneutralkan asid yang terhasil daripada makanan yang dimakan.

Air RO melawan fitrah air yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Fikir-fikirkan dan tq membaca & menyinggah blog Mummy

Comments

Post a Comment