Apam butter @ apam gula hangus

Minggu lepas kita buat yg bakar kan.. Hah mgu ni kita try yg kukus lak. Belum dpt rasa lagi sbb puasa kan.. Tapi rupa n bau cam jadi la.. N raina makan beriya je

Bahan-bahan
1 cawan gula
1 cawan air
1 cawan butter
(Utk dihanguskan...kata gula hangus kan)

3 biji telur
3 cawan tepung gandum
2 sk soda bikarbonat
1 cawan susu cair
1/2 cawan gula

1. Masak gula sampai hancur, dah hancur masukkan air dan butter. Semua dah sebati tutup api dan biarkan.
2. Pukul telur & gula sampai kembang (blender pun ok)
3. Ayak tepung & soda sekali.
4. Gaul telur & gula hangus tadi sekali
5. Masukkan tepung & susu sikit2 selang2 sampai sebati.
6. Make sure tak berketul
7. Masuk dalam loyang atau acuan ikut suka.
8. Kukus mesti dah siap2 panas, masukkan loyang dan kukus 15-20minit.

Dah siap :) selamat mencuba

Comments